Aiskrim untuk sarapan pagi? credit to Armani Shahrin | Tupai – Mon, May 20, 2013 5:07 PM MYT

20 Mei – Mulakan hari anda dengan sarapan pagi aiskrim. Mengapa tidak? Apa kata sekali-sekala anda mencuba sesuatu yang baru dan kreatif apabila bersarapan pagi. Jadi apa salahnya jika sarapan pagi anda adalah aiskrim buahan-buahan yang dibuat sendiri. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana hendak membuat aiskrim yang sihat tetapi sangat enak. Caranya, masukkan yogurt dan buah-buahan ke dalam pengisar dan kisarkannya sehingga ia sebati. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan aiskrim. Jika anda tidak mempunyai acuan aiskrim, anda juga boleh menggunakan cawan plastik. Untuk menyihatkan lagi aiskrim anda, potong buah-buahan seperti kiwi, pisang, strawberi mangga atau anggur ke dalam acuan aiskrim. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia membeku. Anda juga boleh menikmati aiskrim ini dengan meyalutkannya dengan madu dan taburkan kacang badam kisar atau bijirin oat sebagai 'toppings'. Selamat mencuba! thanks for this info and mohon share yaa

Ulasan

Catatan Popular