KEBAIKAN EPAL HIJAU-credit to Ashraf Nasser | Tupai – Tue, May 21, 2013 5:11 PM MYT

21 Mei – Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah: • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. • Mengurangkan risiko penyakit jantung. • Membantu kesihatan membran paru-paru. • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang. • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. • Membantu mengekalkan berat badan. • Mengurangkan tekanan penyakit asma. • Mengurangkan risiko barah. Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. aku sememangnya bersetuju dgn artikel bukan nak boikot minuman diluar tapi tahukan anda minuman yg dijual seperti JUICE DRINK, CORDIAL, CONCENTRATED mengandungi pengawet dan bahan yang tidak baik untuk badan terutama disamping gula yg berlebihan walaupun diluluskan...untuk anda yang ingin kekal sihat amalkan juice buatan sendiri. ini adalah senarai pewarna juga telah dikaitkan dengan hiperaktif pada kanak-kanak dalam penyelidikan yang termasuk bahan-bahan koktel:- Sunset yellow (E110) (FD&C Yellow #6) - colouring found in squashes Carmoisine (E122) - red colouring in jellies Tartrazine (E102) (FD&C Yellow #5) - yellow colouring Ponceau 4R (E124) - red colouring Sodium benzoate (E211) - preservative Quinoline yellow (E104) - food colouring Allura red AC (E129) (FD&C Red #40) - orange/red food dye

Ulasan

Catatan Popular