bioasli on Facebook

HABBATUS SAUDA’
(BIJIRIN HITAM)
(BLACK SEED)
Habbatul barakah ~ The seed of blessing
Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
PENGENALAN
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.
SEJARAH BLACK SEED
Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.
Minyak Dara Habbatus Sauda
CODE : SAUDA Saiz =60ml RM50.00
Ingredients
100% Minyak Habbatus Sauda
Nama : Normala Bt Hassan
Alamat : Sg.Tengar, Sabak Bernam, Sel.
Penyakit:Sakit kulit yang teruk.
Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami.
Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan.
Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya.
Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana.
Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama.
Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering.
Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dan sakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian.
***********************************************************************************
Nama : Anuar bin Salim
Alamat : Kg.Sg.Limau, Sg.Besar
No Tel : 0132410172
Penyakit : Tiroid
Saya pernah menghidapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah di benarkan pulang saya mengalami kegatalan di leher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya,
Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangansaya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor.
Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah mengikut nasihat pakar, saya pergi ke desaku untuk mendapatkan produk Bio-asli iaitu Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) yang dengarnya amat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran Selepas minum VCOHS sebanyak 2 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh serta menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah, kegatalan di leher saya semakin berkurang dan lama kelamaan ianya menjadi pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga.Kini, saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia.
************************************************************************************
Kes : Sakit Darah Tinggi & Sakit Kepala
Nama : Melvyn Colin ivan Storer
Alamat : 7 Apple grove Orchard Rood Hook
Penyakit : Tekanan Darah Tinggi dan sakit kepala
Saya mengalami masalah tekanan darah tinggi dan sakit kepala . Apabila saya melancong ke Malaysia, seorang rakan baik saya telah menceritakan tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara yang sangat hebat tanpa sebarang campuran bahan kimia, dadah mahupun bahan pengawet. Apabila saya melayari website antara bangsa ,memang benar Minyak Kelapa Dara ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Eropah dan Amerika malahan telah dicampurkan dengan bahan tertentu supaya ianya lebih sedap dan senang digunakan . Oleh itu saya memilih yang "original" produk minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli. Saya datang terus ke ibu pejabat syarikat untuk mendapatkan keterangan produk dari En. Ishak . Kali pertama meminumnya saya rasa agak pening kepala, lama kelamaan rasa seperti biasa sahaja. Secara pribadi apa yang saya ingin katakan ialah " Minyak Kelapa Dara Bio-Asli adalah tulen dan ianya sangat baik untuk kesihatan kita.
***********************************************************************************
Kes : Badan rasa lemah jadi cergas
NAMA : TUKIRAN BIN RAHANI
ALAMAT : SIMPANG EMPAT B.N.O, 45200 SABAK BERNAM,SELANGOR D.E.
NO. TELEFON : 019 – 391 8278
PRODUK : MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA’
Saya adalah seorang krew produksi perfileman tempatan, dan penglibatan saya dalam industri tersebut kini telah mencapai belasan tahun. Memandangkan tugas sebagai salah seorang krew, dan jadual penggambaran yang agak padat saya selalu keletihan, kekurangan tenaga dan sering kehilangan tumpuan. Tiga tahun kebelakangan ini saya selalu mengalami sakit badan. Diwaktu bangun tidur, bahagian kaki, terutamanya tumit terasa amat perit dan menyakitkan. Saya terpaksa mengambil masa dua tiga minit untuk menstabilkan dan meredakan sakit, sebelum boleh bergerak. Manakala selepas habis waktu kerja atau sebarang aktiviti riadhah seperti bermain bola, seluruh badan saya terasa sengal-sengal dan sakit dibahagian sendi-sendi.
Mengambil beberapa produk jenama lain sebelum mencuba menggunakan produk minyak kelapa dara Bio-Asli. Menakjubkan……selepas mencuba minyak kelapa dara Bio-Asli, saya dapat rasakan bahawa semua gejala sakit yang saya alami semakin berkurangan. Badan terasa ringan dan pergerakan rasa lebih selesa. Paling menggembirakan ada tanda-tanda berat badan saya semakin berkurang. Kini, saya sebagaimana juga pengguna lain sebelum ini yakin bahawa minyak kelapa dara Bio-Asli sesuai dan serasi dengan saya. InsyaAllah saya tidak akan berubah arah kepada produk lain.
Saya juga bersungguh-sungguh menaja downline sebanyak mungkin (Keahlian free) dan kini dalam masa yang singkat bilangan downline mencecah ratusan orang dan pendapatan saya dari program ini berbaloi, yang paling penting modal permulaan sekali sahaja cuma RM30.00 dari belian barang Bio-Asli.
Saya dan ribuan pengguna lain telah mencuba dan mendapat khasiat serta manafaat, anda pula bagaimana……..? Hubungi saya jika anda berminat berkerjasama menjayakan program yang mudah ini. Tukiran 019-391 8278
********************************************************************************
ALAMAT : JALAN HJ. SHUKUR, NO. 4, PPRT SG.TENGAR
UTARA, 45100 SG AIR TAWAR,
SABAK BERNAM, SELANGOR D.E.
MASALAH DIHADAPI : SAKIT-SAKIT BADAN DAN SENDI
Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri.
Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda’ Bio-Asli, DesaKu.
Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang.
Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’. Beliau dan juga kami di Desaku berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda’, khazanah dari alam ciptaan Tuhan. Jika anda ingin keterangan lanjut bolehlah hubungi saya 013-6601383.
Penyakit : Buasir
Nama : minta dirahsiakan
Alamat : Jln Kebun Klang Sel
Saya telah menghidapi penyakit ini sejak 5 tahun yang lalu, mengikut pakar kesihatan, membuang air besar setiap hari terutamanya di waktu pagi memang di galakkan untuk memastikan kesihatan tubuh kita, ini kerana toksid dalam badan dapat di keluarkan ketika proses perkumuhan berlaku. Namun bagi saya ianya seumpama mimpi ngeri kerana saya terpaksa mengalami kesakitan ketika membuang air besar..
Saya pernah mendengar petua bagi memudahkan kita membuang air besar ialah dengan meminum minyak, untuk meminum minyak yang sedia ada saya terpaksa berfikir 2 kali kerana bimbang dengan kadar kolestrol yang terdapat dalam minyak masak, akhirnya setelah membaca parincian mengenai kandungan minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli, saya mengambil keputusan untuk mencuba produk tersebut. Syukur kehadrat illahi kerani panyakit saya sudah pulih. Saya tetap meneruskan amalan meminum Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) sehingga kini, kerana selain dari memulihkan penyakit buasir, sistem imunasi tubuh saya juga menjadi bertambah baik.
Setelah mengalami hasil yang memuaskan saya turut mengesyorkan kepada seorang m.cik dimana menantunya juga menghadapi masalah yang sama, selepas beberapa minggu, m.cik tersebut telah menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih.
*******************************************************************************8888
Kes : Kurang selera makan dan badan terasa lemah.
Nama : Utz Samsudin B Hj. Sakawi @Hj. Abd Hamid
Alamat : No 55 Batu 61 Sg. Lias 45300 Sg. Besar Selangor
Umur :65 Tahun
Ustaz Samsudin dilahirkan pada tahun 1942 di Sg Besar. Dalam usia mencecah 60-an beliau mengalami masalah sakit dada @ kesukaran untuk bernafas. Beliau juga sering pengsan & pitam. Akibat daripada kejadian pitam & kesukaran bernafas yang berulang kali itu, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Keputusan pemeriksaan mengesahkan, bahawa beliau sebenarnya menghidap penyakit lemah jantung iaitu kegagalan jantung berfungsi dengan baik kerana urat di sistem jantung bermasalah. Empat urat utama iaitu Superior vena cava, Inferior vena cava, pulmonary atery & pulmonary vein telah tepu. Buat makluman anda setiap urat ini bersambung dengan INJAP SABIT, INJAP TRIKUSPID & INJAP BIKUSPID. Kegagalan urat untuk berfungsi akan menyukarkan pengaliran darah beroksigen & tidak beroksigen diantara jantung dan seluruh bahagian tubuh badan yang lain. Seperti yang anda sedia maklum pengaliran darah yang bersistematik adalah perlu untuk memastikan sistem badan yang lain mampu berfungsi dengan baik.
Lantaran itu, pada tarikh 22.12.05, beliau telah menjalani pembedahan dengan mengambil urat kaki kanan bagi menggantikan 4 urat utama jantung beliau. Pembedahan tersebut AlhamdulilLah telah berjaya, manakala masalah sesak nafas dan sakit dada dapat juga diatasi. Walau bagaimanapun keseluruhan anggota badan masih agak lemah dan pucat. Berat badan beliau sehingga bulan Oktober 2006 hanya sekitar 46 kg. AlhamdulliLah setelah meminum Minyak Kelapa Dara + Habbbatus Sauda (VCOHS), 1 sudu setiap pagi dan 1 sudu setiap petang selam 2 bulan, selera makan meningkat dan badan terasa lebih segar serta lebih bertenaga. Kini pada Februari 2007 berat badan Utz. Samsudin telah meningkat ke 51 kg. Wajah beliau yang sebelum ini kuning pucat, bertukar lebih bermaya dan ceria seperti yang dipaparkan dalam gambar.
Kes : Jeragat & kesan campak
Nama : Sawiah
Alamat :Pekan Parit Baru sabak Bernam Selangor
Penyakit : Jeragat & kesan campak
Makcik Sawiah pada mulanya ingin membeli produk kecantikan wajah (untuk menghilangkan jeragat) di salah satu butik kecantikan terkenal. Sementara menunggu giliran beliau bersembang dengan sorang wanita, wanita itu bersembang mengenai parut kesan demam campaknya pulih dengan menggunkan minyak kelapa dara keluaran bio-asli, wanita itu mebuktikan kata-kata beliau dengan menunjukkan kesan parut yang semakin pudar, mendengar hal iaitu mak cik sawiah mencari kesempatan untuk ke syarikat desaku bagi mendapatkan produk tersebut, setelah menggunakan produk tersebut ternyata kata-kata wanita itu benar belaka, masalah jeragat semakin berkurang dan semakin hilang dengan penggunaan minyak kelapa dara Bio-Asli.
*******************************************************************************
Kes : Sakit Psicrosis ( genetik )- Kulit menjadi bertompok seperti kurap & gatal Nama : minta dirahsiakan
Alamat : Sg Besar, Selangor
Pengguna merupakan salah seorang pendidik di daerah sabak bernam, beliau telah sekian lama (dari kecil) mengidap sejenis sakit kulit dari genetik yang bermasalah ( lebih 20 tahaun). Beliau telah menemui ramai doktor pakar kulit untuk mungubati penyakit beliau.
Sewaktu menerima rawatan di Hospital Besar KL bahagian sakit kulit, pakar mengesahkan beliau mengalami sakit genetik, penyakit berpunca genetik memang diketahui umum agak sukar untuk di sembuhkan. Selepas itu beliau membuat rawatan susulan di hospital kerajaan GH KL, beliau telah dihantar untuk rawatan alternative, di sana beliau telah bertemu dengan Dr.Kadir B. Hussin, Dr.kadir menjelaskan symptom yang berlaku pada penghidap penyakit psicrosis ialah kulit berkerak, menebal, kering dan mengelupas,
Ketika mendapat rawatan dari Dr.kadir beliau telah memberikan 1 botol minyak dan menyarankan agar ianya diminum 2 kali sehari dan disapu pada bahagian yang bermasalah. Pada peringkat awal penggunaan kulit yang berkerak bertukar menjadi merah, lama-kelamaan ianya menjadi semakin kecil dan akhirnya dengan penggunaan yang rutin, kurap beliau semakin pulih. Setelah perubahan yang menakjubkan ini beliau bertanyakan apakah minyak ajaib yang telah di berikan tersebut, rupa-rupanya minyak tersebut hanyalah minyak kelapa dara.
**************************************************************************
Kes : Kurang Bertenaga (Tarikh : 5/03/2007)
PERAKUAN KHAS : KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN
PRODUK Bio-Asli Desaku.
PRODUK : MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA’
(VCO+HABBATUS SAUDA’)
NAMA : EN. AHMAD BIN UTEH
ALAMAT : NO. 6, KEDAI GUNTING RAMBUT MELATI,
DEPAN BEREK POLIS, JALAN BESAR,
45300 SG.
PERAKUAN : Pada mulanya saya menyertai Desaku Bio-Asli hanya suka-suka, kerana keahliannya percuma, mendapat laman web (juga percuma), disamping kemudahan dalam berurusan melalui sms dan internet. Bagaimanapun saya cuba menggunakan produk kelapa dara + habbatus sauda’, mengikut peraturan yang disebutkan. Selepas habis 1 botol, banyak masalah yang saya hadapi selama ini, terasa beransur-ansur pulih. Kalau dahulu saya hanya mampu membaca Al-Quran secara berlagu sekitar 10 minit, tapi kini saya mampu membaca lebih lama, sehingga mencapai sekitar 30 minit tanpa henti. Suara terasa bersih, pernafasan lancar dan sangat melegakan. Sementara pembuangan najis juga selesa serta lancar dan bahagian kulit yang saya sapukan dengannya juga menunjukkan perubahan, semakin halus dan gebu.
Sebagaimana lelaki lain, saya juga tidak terkecuali dari mencuba minyak power 31…….“ huuuuh ”.……itulah gambaran kehebatannya. Sukar untuk menterjemahnya dengan kata-kata. Namun secara mudahnya saya ingin nyatakan pelayaran lebih jauh, sementara nakhoda bersama kelasinya sampai ke destinasi dengan ukiran senyum penuh makna gambaran satu kemuncak kepuasan yang tidak terhingga.
Alhamdulillah…..secara jujur, saya bersyukur, dapat bertemu produk yang sesuai untuk kesihatan dan untuk keharmonian rumahtangga. Kini saya menjadi stokis Desaku Bio-Asli, bagi tujuan menjana pendapatan, dan yang terpenting, sebagai memenuhi tuntutan FARDHUN KIFAYAH masyarakat Islam setempat.
Kepada sesiapa yang ingin maklumat dan ingin menjadi ahli Desaku Bio-Asli boleh juga berhubung dengan saya.
*********************************************************************************
Penyakit : Batuk & Sukar Bernafas
Nama :Hj. Sidang
Alamat : Kg. Sg Tengar Sabak Bernam Sel
Pada asalnya ayah saya merupakan seorang yang sihat walaupun umurnya sudah agak berusia, namun selepas jatuh dari katil, kesihatan ayah saya agak terjejas, beliau sering batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas, menurut ayah saya ketika jatuh sikunya telah terhentak pada rusuknya, beliau juga merasa sakit di kawasan yang terhentak itu setiap kali batuk. Selepas mendengar cerita ayah, saya dan isteri membawa ayah untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital, alhamdulillah tiada keretakan atau kecederaan di bahagian tersebut,
Selepas sesi rawatan di hospital keadaan ayah saya tetap tidak berubah, teringat cerita tentang kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli dari seorang teman, saya terus menelefon pihak syarikat dan bertanyakan produk yang sesuai, mereka mencadangkan saya menggunakan Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS), pada peringkat awal pengguanaan ayah saya tetap batuk, bezanya cuma batuknya tidak seperit dulu dan sakit di rusuk yang terhentak juga turut berkurangan, kesan dari penggunaaan yang rutin kesakitan ayah saya pulih hampir sepenuhnya malahan ayah saya lebih ceria dan bertenaga dari sebelumnya.
*************************************************************************
Kes : Sakit kulit melecur dan berjangkit
Nama :Ali Bin Hudzori
Alamat : Tmn Seri Nakhoda Omar, B.N.O, Sabak Bernam
Saya seorang pelajar tingkatan enam, dan tinggal di asrama yang persekitarannya adalah ladang kelapa sawit. Adalah menjadi 'rutine' pelajar asrama menjalani 'prep' pada waktu malam. Cahaya terang dalam kelas di mana kami belajar, rupanya mengundang berbagai jenis serangga yang berbagai ke dalam bilik yang sama. Sejenis serangga terbang, kecil seperti 'Semut Selangor', tetapi ekor berwarna seperti tebuan menjadikan saya dan kawan-kawan gelisah. Gigitannya perit dan meninggalkan kesan ruam dan kemudian bertukar kepada keadaan melecur yang teruk. Kebetulan cuti hujung minggu sewaktu balik kerumah keadaan saya disedari oleh jiran, yang kemudian mengsyorkan untuk menggunakan minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Sekitar seminggu keadaan kulit saya pulih seperti sediakala. Begitu juga kawan-kawan asrama saya yang turut sama menggunakannya.
*********************************************************************************8888
Kes : Kudis yang teruk
Nama : Muhammad
Alamat : Bt 1, Jln Feri, Sabak Bernam
Anak saya berumur 8 tahun. Kegemarannya memancing ikan dan mencari 'spider' untuk peliharaan. Keadaan ini mendedahkannya kepada risiko gatal dan sakit kulit. Januari 2006 ia mengalami kudis yang agak teruk pada betis dan peha. Seperti yang dimaklumi oleh semua orang ubat yang biasa terdapat di pasaran hanyalah ubat sapu dan krim...... tak tau berapa puluh jenis yang telah saya gunakan untuk anak saya. Akhirnya seorang kawan mencadangkan saya untuk mencuba minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Kini (19hb Jan 2006) kudis anak saya telah sembuh, dan saya tidak perlu berbelanja lebih untuk ubat-ubatan lain, dan penggunaannya (minyak kelapa dara) pun sangat menjimatkan.
*******************************************************************************888
Kes : Bintik-bintik merah dan gatal
Nama : Hafizah
Alamat : Sepintas, Sabak Bernam
Sepintas, tempat tinggal saya adalah sebuah kampung yang kebanyakan tanahpersekitarannya adalah terdiri dari kebun kelapa atau kelapa sawit. Keadaan redup dalam kebun tersebut menjadi habitat kegemaran nyamuk. Gigitan nyamuk adalah satu perkara yang mustahil untuk dielakkan, samada siang atau malam. Kadang-kadang gigitan nyamuk tersebut meninggalkan kesan bintik-bintik merah dan menjadikan kulit sentiasa gatal. Keadaan tergaru-garu membuat saya kadang-kadang merasa malu. Mujur terlintas difikiran saya untuk mencuba Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang ada dalam simpanan ayah, sebagai ubat sapu. Kini saya lega, kegatalan serta kesan gigitan nyamuk tidak lagi menjadi masalah saya. Lebih menarik lagi kulit saya kelihatan halus dan segar semula.
**************************************************************************
Kes : Ruam kulit yang teruk
Nama : Adam
Alamat : Taman Seri Nakhoda Omar, B.N.O, Sabak Bernam
Anak saya berumur 9 bulan mengalami ruam pada kulit yang teruk. Seluruh anggotanya dipenuhi ruam dan ia sentiasa dalam kegatalan. Keadaannya bertambah parah bila ia berpeluh. Waktu malam ia sentiasa merengek atau menangis yang mengakibatkan saya suami isteri tidak dapat tidur, dan terpaksa bergilir berjaga untuk melayaninya. Keadaan berlanjutan beberapa minggu dan segala ubat sapu dan krim yang saya beli samada dari farmasi dan klinik tidak mendatangkan apa-apa kesan. Akhirnya seorang jiran yang prihatin dan tersedar akan tangisan anak saya yang berterusan waktu malam mengesyorkan saya untuk menggunakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) sebagai ubat sapu. Alhamdululillah syukur selepas dua hari ruam kulit anak saya hilang samasekali.
**************************************************************************
Kes : keguguran rambut
Nama : minta dirahsiakan
Alamat : Sg. Besar, Selangor
Saya seorang peniaga. Banyak sudah wang saya laburkan untuk perniagaan saya. Masalah datang bertimpa-timpa, seakan tiada kesudahannya. Namun bayang-bayang untung dan kejayaan masih tidak kelihatan. Disamping perniagaan banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan, termasuk keluarga dan anak-anak yang bertebaran tinggal di asrama (termasuk pembelajarannya, perbelanjaannya, serta keselamatannya). Kadang-kadang tidur tidak nyenyak dan selalu terganggu oleh mimpi-mimpi yang menekan perasaan. Pada peringkat awal kesan ketara yang saya alami ialah rambut secara keseluruhannya menjadi halus seperti rambut bayi diikuti keguguran rambut yang teruk. Cuma dengan sekadar usapan pada kepala sudah cukup untuk rambut saya gugur. Akhirnya saya dapati bahagian atas kepala saya sudah mula kelihatan kulit, dengan rambut yang sudah terlalu jarang. Risau dengan keadaan tersebut saya berikhtiar mencari penawar. Mujur saya terjumpa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure dan + Honey) Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) saya sapukan di kepala setiap malam sebelum tidur dan minyak kelapa dara + madu saya minum satu sudu setiap hari. Kini masalah rambut gugur saya telah selesai dan secara kseluruhannya rambut saya sudah segar kembali sepertimana ketika saya remaja dahulu - bilah rambut kerasi serta hitam bersinar kembali.
***********************************************************************8
Kes : Sakit Jantung
TESTIMONI & KES DALAM PENGENDALIAN PROF. JON J. KABARA
Prof. Jon J. Kabara head of Biochemistry and Pharmacologi of Michigan State University.
Berikut adalah kenyataan Prof. Jon J Kabara terhadap pesakit jantungnya.
“ Maria, seorang penghidap sakit jantung, diberitahu oleh doktor pakarnya, (ahli kardiologi) bahawa dia hanya mempunyai masa sekitar lima tahun untuk hidup. Diantara salah satu gejala umum sakit jantungnya adalah cardiac arrhythmia, dimana degupan jantungnya berlaku tidak teratur. Arrhytmianya begitu parah sehingga doktor mendesak agar dia memasang pacemaker yang diimplan atau di tanam di dalam dadanya. Dia menolak kerana masih ingin mencuba beberapa kaedah yang lebih alami, tetapi gejalanya tetap sama bahkan semakin buruk. Saya memberitahunya tentang minyak kelapa dara dan dia mulai mengkonsumsinya seperti suplemen lain. Diminum 4 sudu makan setiap hari. Hasil pada hari pertamanya dia melapurkan bahawa arrhytmianya menurun sebanyak 50%. Dia memberitahu dan mengakui bahawa keadaan ini merupakan degup jantung yang paling rendah dan perlahan yang pernah dia rasakan sejak sekian lama. Dia memperakui bahawa dia tidak pernah menemui sebarang ubat sedemikian baiknya. Sehingga kini dia terus mengkonsumsi minyak kelapa dara dan jantungnya berfungsi dengan secara lebih normal ”.
********************************************************************************
Kes : Sakit kulit (ruam)
Nama : minta dirahsiakan
Alamat : Seksyen 3, Shah Alam
Saya seorang jurutera lulusan sebuah universiti Jepun. Isteri saya juga seorang warga negara Jepun yang sangat peka tentang pemakanan dan ubat-ubatan dalam keluarga. Sedapat mungkin segalanya mestilah benar-benar dari hasilan organik. Terbaru anak kecil saya mengalami ruam pada kulit. Isteri saya enggan memberikan ubat sapu yang saya perolehi dari klinik berhampiran. Saya bimbang, kalau penyakit kulitnya bertambah parah. Mujur saya menemui Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak isteri saya. Hasilnya tidak mengecewakan.
***************************************************************************
Kes : Kurap Yang Teruk
Nama : minta dirahsiakan
Saya merupakan salah seorang stokis Bio-Asli dan mempunyai seorang anak buah yang mengalami sakit kurap di leher, telinga dan kepala. Saya berasa segan kerana saya mempromosikan produk Bio-Asli kepada orang ramai sedangkan anak buah saya sendiri menghidap sakit kurap yang teruk.
Suatu hari, saya pergi untuk berjumpa dengannya, lalu saya berikan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) kepadanya untuk disapukan di tempat-tempat kurap yang dideritainya.
2 hari kemudian, dia datang berjumpa dengan saya dan menunjukkan leher, telinga dan kepalanya yang sebelum ini terdapat kurap yang teruk, kelihatan licin. Saya berasa amat terkejut melihat keadaannya dan dalam masa yang sama, saya berasa gembira dan bersyukur melihat keadaannya yang semakin pulih. Namun, saya agak terkilan kerana tidak sempat mengambil gambar keadaan kulitnya sebelum menggunakan MKD Bio-Asli untuk dikongsikan bersama orang ramai.
**********************************************************************************
Kes : Migrain
Nama : Syed
Seorang pelanggan yang bernama Syed telah lama menderita sakit migrain iaitu sejak 5 tahun yang lalu. Sakit migrain yang dialaminya sangat mengganggu tugas dan aktiviti sehariannya.
Apabila Syed mendapat tahu tentang produk MKD Bio-Asli, beliau mengambil keputusan untuk mencuba produk MKD Bio-Asli dari stokis yang berdekatan iaitu Haji Mastor dari Kapar, Perak dan telah mendapatkan produk tersebut setiap bulan. Ketika ditanya mengapa Syed membeli produk tersebut setiap bulan, beliau menerangkan bahawa keadaan penyakit yang dialaminya sangat teruk dan ini adalah sebagai satu ikhtiar beliau untuk sembuh. Beliau telah mengambil MKD + Habbatus Sauda' 1 sudu pagi dan 1 sudu malam tetapi keadaan penyakitnya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Justeru itu, beliau telah menambah dos dengan meminum 4 sudu MKD + HS pada waktu pagi dan 4 sudu pada waktu malam.
Beliau berasa agak terkejut apabila sakit migrainnya langsung hilang, seperti suatu keajaiban telah berlaku. Beliau berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana sudah pulih daripada penderitaan itu. Kini, beliau tetap mengamalkan pengambilan MKD + HS sebagai makanan tambahan.
******************************************************************************
Kes : Allergic
Nama : Misnah Sariman
Alamat : Batu Caves, Selangor.
Rakan satu pejabat saya mengidap allergic terhadap makanan laut. Setiap kali makan makanan laut, muka beliau akan membengkak sehingga rasa ingin pitam. Justeru itu, saya telah memperkenalkan produk Desaku Bio-Asli iaitu Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda dan menyarankan agar beliau minum produk tersebut mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Selepas seminggu menggunakan produk tersebut, muka beliau membengkak kesan tindak balas yang berlaku. Selepas 2 minggu, bengkak di muka beliau mulai berkurangan sedikit demi sedikit sehingga pulih sepenuhnya. Setelah berjaya menghabiskan sebotol produk tersebut, kawan saya cuba menguji keberkesanan produk. Beliau telah makan makanan laut iaitu kerang untuk melihat kesannya. Hasilnya, beliau mendapati bengkak yang selalunya terjadi di bahagian muka hanya terdapat di sekitar mata sahaja. Satu perkembangan yang positif. Justeru itu, beliau meneruskan amalan minum Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda. Alhamdulillah, kini beliau sudah boleh makan makanan laut dan tidak mengalami allergic seperti yang dialami sebelum ini.
****************************************************************************
Kes : Bersunat
Nama : Fahmi Mustapha
Alamat : B.N.O., Sabak Bernam
Saya berusia 7 tahun. Baru-baru ini (ahad, 9/12/2007), saya telah bersunat. Bagi merawat keadaan saya, kakak saya telah mencadangkan agar saya menyapu Minyak Kelapa Dara Asli pada kemaluan saya. 2 hari pertama, saya hanya mampu baring dan masih lemah. Pada hari ketiga, saya sudah boleh bergerak pantas. Seterusnya, 5 hari kemudian iaitu pada hari Jumaat saya sudah boleh memakai seluar dan dapat menaiki basikal pada hari Sabtu (genap seminggu bersunat).
****************************************************************************
Kes : Penyakit dalaman (sering lemah dan letih)
Nama : Nuri Hassan
Alamat : Parit Baru, Sabak Bernam
Saya mengidap penyakit dalaman iaitu badan lemah, sering letih, kerap mengeluarkan kahak dan mengalami keguguran rambut. Saya disarankan mencuba produk Minyak Kelapa Dara Bio-Asli iaitu Minyak Kelapa Dara + Habbtus Sauda. Sejak menggunakan produk ini, kesihatan saya bertambah baik. Badan saya lebih bertenaga dan saya juga tidak lagi mengalami keletihan seperti sebelumnya. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keadaan ini. Kini, saya terus menggunakan produk ini setelah mengalami sendiri keberkesanannya.
********************************************************************************
Kes : Darah Tinggi dan Kencing Manis
Nama : Pak Haji
Alamat : Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor
Saya merupakan pengidap darah tinggi dan kencing manis yang agak kronik. Saya telah disarankan agar mencuba kapsul Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda keluaran Desaku Bio-Asli. Seminggu selepas menggunakan produk ini, kesan yang saya alami adalah badan saya mengalami kegatalan. Walaubagaimanapun, selepas itu kegatalan yang saya alami mula berkurangan. Penyakit kronik iaitu kencing manis dan darah tinggi yang saya alami juga semakin berkurangan.
********************************************************************************
Kes : Kencing manis
Nama : En. Muhammad
Alamat : Sg. Tengar Utara, Sabak Bernam
Saya mengidap kencing manis yang agak teruk sehingga suntikan insulin juga tidak mampu mengurangkan penyakit saya. Lebih daripada itu, saya terpaksa menggunakan pampers kerana saya tidak sedar dan tidak terasa setiap kali ingin membuang air. Justeru itu, anak saya menyarankan agar saya mencuba produk Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Saya telah mengamalkan menelan kapsul Minyak Kelapa + Habbatus Sauda dengan sukatan 3 kali sehari. Alhamdulillah, setelah menggunakan produk ini, keadaan saya bertambah baik. Saya juga dapat menguruskan diri sendiri tanpa perlu memakai pampers lagi.
********************************************************************************
Kes : Penyakit lutut
Nama : Pensyarah Politeknik Sultan Idris (minta nama dirahsiakan)
Alamat : Sg. Lang, Sabak Bernam
Saya merupakan seorang pensyarah di Politeknik Sg. Lang, Sabak Bernam. Saya telah balik ke kampung di Batu Pahat, Johor pada bulan puasa yang lepas dan telah berjumpa dengan seorang pakcik saya. Pakcik saya ini mengidap penyakit lutut. Biasanya apabila melakukan solat tarawikh, beliau akan melakukan solat sehingga rakaat ke-4 dan kemudian terus duduk kerana penyakit yang dialaminya. Tetapi pada kali ini, saya agak terkejut apabila melihat beliau dapat meneruskan solat tarawikh sehingga 20 rakaat seterusnya menyambung solat witir 3 rakaat. Saya bertanya beliau tentang keadaan tersebut dan beliau menjelaskan bahawa beliau telah menggunakan produk dari Desaku Bio-Asli di Sabak Bernam iaitu Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda. Saya terkejut apabila mendengarnya kerana lokasi syarikat yang berhampiran dengan tempat tinggal saya. Selepas Raya, saya pergi ke syarikat Desaku Bio-Asli bagi mendapatkan produk tersebut.
***********************************************************************************
Kes : Masalah Ginjal / Kencing Tak Lawas
Nama : En.Aziz
Alamat : Bukit Canggang, Selangor
Saya merupakan seorang pemandu dan ianya membuatkan saya sering balik lewat malam. Kerja yang berat dan kurang tidur menjadikan badan saya sering letih dan lesu, saya juga sukar untuk bangun pagi, Jari saya juga menjadi pecah-pecah akibat mengangkat barang yang berat, selain itu tumit saya turut pecah malahan buku lali saya menjadi kematu. Yang lebih merisaukan saya ialah saya menghidapi penyakit kencing tidak lawas.
Keletihan yang saya alami menjadikan tangungjawab saya sebagai suami menjadi sedikit terabai, hubungan saya dan anak-anak juga agak renggang. Lama-kelamaan saya sedar bahawa saya mesti menjaga kesihatan saya untuk memastikan keluarga saya sentiasa bahagia.
Dengan mendengar perbualan dari rakan-rakan mengenai khasiat minyak kelapa dara Bio-Asli saya terus membeli Minyak Kelapa Dara + H.Sauda keluaran syarikat ini. Selepas meminum minyak tersebut saya mendapati saya tidak lagi mengalami kencing tidak lawas, badan semakin sihat dan bertenaga, tidak lagi mengantuk ketika memandu, tidur lebih lena & kemampuan seksual saya juga semakin meningkat. Selain dari minum saya turut menyapu minyak kelapa dara + h.sauda (VCOHS) di kulit saya yang bermasalah, Alhamdulillah jaringan kulit saya semakin pulih dan tiada lagi bahagian yang pecah-pecah.